Wednesday, July 30, 2008

Monday, July 14, 2008

Lawatan Benchmarking 5S ke UTM, Skudai.

Salam kepada semua warga UiTM kampus Bandaraya Johor Bahru. Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana lambat untuk mengemaskini blog UiTM ini. Disebabkan pada masa itu kita semua sibuk mengendalikan sesi MMS. Tambahan pula, pihak perpustakaan sibuk dalam memproses buku yang banyak.

Pada 19 Jun 2008, Kelab 5S UiTM telah mengadakan satu lawatan benchmarking ke Universiti Teknologi Malaysia di Skudai. Seramai 17 peserta terlibat didalam lawatan ini. Sebagai pengenalan, lawatan benchmarking merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan untuk tujuan penambahbaikkan kepada sesebuah organisasi. Hal ini kerana, banyak idea atau amalan yang baik di tempat lain boleh diaplikasikan di dalam organisasi sendiri. Secara tidak langsung, lawatan benchmarking ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan produktiviti organisasi di sini.

Lokasi lawatan adalah Universiti Teknologi Malaysia. Ini kerana ia diantara universiti yang pernah memenangi anugerah dalam program 5S antara universiti di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia juga antara universiti yang aktif dalam program 5S. Pemilihan Universiti Teknologi Malaysia sebagai tempat lawatan adalah kerana lokasi universiti berkenaan yang berdekatan dengan Kampus Bandaraya Johor Bahru serta tidak mengambil masa yang lama untuk ke sana.

Lawatan ini dipengerusikan oleh Cik Nurhuda Bte Jaafar dan En. Idris Bin Muhammad sebagai penasihat. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat mengendalikan lawatan ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan mencapai objektif lawatan.

Menandatangani buku pelawat

Cenderahati daripada UiTM JB kepada Bahagian Bendahari UTM

Taklimat dari pada pihak Bendahari, UTM.


Gambar-gambar semasa lawatan


Ucapan terima kasih juga kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia, Skudai kerana sudi menerima lawatan kami.

Wednesday, June 18, 2008

Lawatan Benchmarking ke UiTM Melaka dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka

27 Mei dan 28 Mei yang lalu satu lawatan benchmarking ke UiTM Melaka dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah diadakan. Lawatan ini bertujuan untuk penambahbaikkan kepada kampus kita. Hal ini kerana, banyak idea atau amalan yang baik di tempat lain boleh diaplikasikan di dalam organisasi sendiri. Secara tidak langsung, lawatan benchmarking ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan produktiviti organisasi di sini. Lawatan ini dipengerusikan oleh Encik Idris bin Muhammad dan naib pengerusi Encik Mohd Khairul Rezwan Bin Nasir. Seramai 9 orang staf yang terlibat iaitu 4 orang staf bahagian perpustakaan dan 5 orang staf bahagian unit pengurusan kolej.

Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk menjadikan UiTM Kampus Bandaraya Melaka sebagai penandaarasan terutamanya dari segi pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan perpustakaan serta Unit Pengurusan Kolej. Selain itu juga, dapat memberi pendedahan kepada kakitangan perpustakaan tentang teknologi-teknologi baru terutamanya yang berkaitan dengan amalan Perpustakaan Mesra Pengguna yang diamalkan di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Meninjau persekitaran serta kemudahan perpustakaan dan kolej kediaman pelajar untuk kami terapkan dalam pengurusan organisasi perpustakaan dan Unit Pengurusan Kolej di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru dan seterusnya ke Kampus Cawangan Kulai akan datang.


UiTM Kampus Bandaraya Melaka






Kolej kediaman UiTM Kampus Bandaraya Melaka



Seterusnya kami melawat ke Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya Melaka.









Lawatan ke UiTM Kampus Lendu, Melaka







Unit Pengurusan Kolej, UiTM Kampus Lendu, Melaka