Monday, May 26, 2008

Kursus Pemantapan Personaliti Staf Terbilang @ Desaru Golden Beach Hotel 2008

Assalamualaikum,


Berlalu sudah kursus Pemantapan Personaliti Staf Terbilang di Desaru Golden Beach Hotel pada 23-25 Mei 2008 lepas. Saya percaya kesemua peserta berpuas hati dengan kursus ini dan pastinya sedikit sebanyak memberi satu motivasi kepada diri dan memberi kesedaran terhadap kualiti dan budaya kerja organisasi. Semangat setia kawan dan amalan muhibbah staf berpesonaliti terbilang boleh meningkatkan kecemerlangan bagi sesebuah organisasi.

Kursus ini diadakan bagi menggalakkan kakitangan dalam menghayati dan mempraktikkan amalan-amalan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi. Selain itu turut memberi kesedaran yang tinggi terhadap dasar kualiti budaya kerja disamping memberi pendedahan tentang kepelbagaian pendekatan di dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi. Kursus ini menyemai semangat setia kawan dan kerja berkumpulan untuk mengatasi apa jua masalah. Ini lah budaya dan nilai-nilai dalam kehidupan didalam sesebuah organisasi yang cemerlang dan terbilang.



Antara program dan aktiviti semasa kursus berkenaan:-


sesi taklimat kursus dan "ice breaking" oleh Pn. Izzah dan En. Saiful

Senaman pagi oleh En. Aizuddin dan Cik Nurfaezah

Kumpulan Deep Purple yang diketuai oleh En. Ahmad Nazrul

Kumpulan Mantap! diketuai oleh Puan Yulie

Kumpulan Dynamic yang diketuai oleh En Noin

Kumpulan D' Egg yang diketuai oleh En. Hisyam

Kumpulan The Matrix yang diketuai oleh Cik Raziah

Prof. Dr Haji Mohd Kamil turut turun padang menyertai sukaneka.

Acara "King Kong Walk"

Acara Sand Treasure

Majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang mengikut ketagori masing-masing oleh Pengarah Prof. Dr Haji Mohd Kamil

Anugerah individu staf terbilang dimenangi oleh En. Noin. Syabas!

Ucapan dari Pengarah, Prof. Dr Haji Muhd Kamil mengenai Kursus Pemantapan Personaliti Staf Terbilang.


Ucapan penutup oleh Koordinator kampus kita Dr. Haji Ahmad Che Yaakob dan penyampai sijil kepada peserta-peserta program.


"Job is fun! Job is enjoyable! We are power worker! Challenge! Challenge! Challenge!!!"



Alhamdulillah segala program berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang serius dan mencapai objektifnya. Syabas diucapkan kepada Encik Hisyam sebagai pengerusi majlis dan AJK kursus ini yang bekerja keras untuk memastikan kursus ini dijalankan dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Pengarah kita Prof. Dr Haji Muhd Kamil Bin Ibrahim kerana sudi bersama kami selama 2 hari.

Tuesday, May 13, 2008

Peperiksaan Jabatan

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua staf yang menduduki peperiksaan Jabatan. Saya doakan semuanya lulus dengan cemerlang...Insya Allah.

Kursus Celik IT di Segamat

Cuti semester bermula lagi...itu petanda, berkursuslah kita di sana sini. 14 dan 15 Mei 2008, seramai 4 orang staf telah terlibat dengan kursus celik IT yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Unit Latihan PSMB dan UiTM Johor.
Kursus selama 2 hari ini diadakan di Makmal Komputer, UiTM Johor. Pelbagai kursus yang dihadiri antaranya seperti kursus MAMBO, Photoshop dan Access. Antara yang terlibat adalah Yuli, Idris, Mariani dan Haziq.

Monday, May 5, 2008

Gambar-gambar semasa Lawatan Dato' VC












Salam perkenalan dan selamat datang BOS baru...

Satu majlis perjumpaan bersama Koordinator baru, iaitu Dr. Ahmad Bin Che Yaacob telah diadakan di Dewan Kuliah 2, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru. Beliau telah memulakan tugas sebagai 'ayahanda' kepada kita semua mulai hari Jumaat, 2 Mei 2008. Beliau akan mengantikan tugas 'bonda' iaitu Cik Raziah Bi Binti Mohamed Sadique yang akan melanjutkan pelajaran diperingkat PHD di luar negara pada bulan Ogos 2008 nanti. Semua pensyarah dan kakitangan UiTM KBJB telah hadir bagi memeriahkan majlis pada pagi tersebut.



Beberapa amanat utama yang disampaikan oleh beliau pada majlis tersebut antaranya adalah agar semua kakitangan dapat mengenali beliau dan begitu jugalah sebaliknya. Disamping itu juga, beliau turut menyeru kepada semua agar memelihara solat 5 waktu, dan menggalakkan sembahyang berjemaah di surau serta mengimarahkan lagi program membudayakan Al- Quran yang diadakan setiap Jumaat.


Majlis disudahi dengan ucapan mantan Koordinator, dan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua staf-staf kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang beliau bertugas sebagai Koordinator Kampus.

Friday, May 2, 2008

Dato' VC @ Johor Bahru City Campus



Kampus Bandaraya Johor Bahru dengan bangganya telah menerima kehadiran orang besar UiTM, Y. Bhg. Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Bin Abu Shah pada 26 April yang lalu. Banyak perubahan drastik yang telah dibuat bagi menyambut kunjungan Dato' VC kite ni... Huru-hara seketika kampus yang selama ini agak sepi.. Meriah bagaikan rewang kenduri kahwin. Cik Raziah bagaikan 'emak pengantin' sibuk kesana kemari ditemani 2 orang orang kuat majlis, sape lagi.. Pn Fasha & Pn Yulie lah... Pejabat Pentadbiran yang selama ni jarang kelihatan terkemas sekelip mata berubah bagaikan taman bunga tambahan pula dengan bauan yang telah disembur Kak Yulie (ada yang sampai sakit hidung sebab terlalu wangi..hehehehe...) Kain rentang disiapkan dalam masa beberapa jam sahaja selepas kesilapan teknikal berlaku.. Bravo En Idris!!!!! Masa tu jugak la vacum nak rosak.. Kesian makcik cleaner kita berkerja keras.... Tak lupe jugak staf lain yang bertungkus-lumus - Paktam, Haziq, Eja, Kak Dewi, Anie, Irah, Sham (terpaksa join walaupun penat kursus induksi belum habis), Fakhrul, Jawa, Malek, Paan also IT man kami, Razif & Pian ( video yang korang edit tu memang best)...Tak lupe driver-driver UiTM Bro Naz, Panglima dan jugak orang kuat Dato' VC En Noin.
Semua kami sediakan dalam masa 48 jam sahaja.... Atas arahan bonda kami, Cik Raziah, kami datang dengan pakaian formal pada hari tersebut. Ada yang berbaju kurung, berkemaja batik rasmi tak lupe jugak yang menggayakan kemaja ala-ala 'F1' yang macam bendera Johor. Tapi Dato' VC punya dress sempoi habis. Cume ber'jeans' & t-shirt aje.... Dato' VC, muka nampak garang, tapi orangnya simple n sempoi.... "down to earth" kata orang putih.... Walaupun penat, tapi ni kenangan yang paling manis untuk semua warga kampus Bandaraya Johor Bahru sebab bukan senang untuk seorang "Vice Chancellor" turun padang....