Unit Pengurusan Kolej, UiTM Kampus Lendu, Melaka
Wednesday, June 18, 2008
Lawatan Benchmarking ke UiTM Melaka dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka
Monday, May 26, 2008
Kursus Pemantapan Personaliti Staf Terbilang @ Desaru Golden Beach Hotel 2008
Kursus ini diadakan bagi menggalakkan kakitangan dalam menghayati dan mempraktikkan amalan-amalan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi. Selain itu turut memberi kesedaran yang tinggi terhadap dasar kualiti budaya kerja disamping memberi pendedahan tentang kepelbagaian pendekatan di dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi. Kursus ini menyemai semangat setia kawan dan kerja berkumpulan untuk mengatasi apa jua masalah. Ini lah budaya dan nilai-nilai dalam kehidupan didalam sesebuah organisasi yang cemerlang dan terbilang.
Kumpulan Deep Purple yang diketuai oleh En. Ahmad Nazrul
Kumpulan Mantap! diketuai oleh Puan Yulie
Kumpulan Dynamic yang diketuai oleh En Noin
Kumpulan D' Egg yang diketuai oleh En. Hisyam
Kumpulan The Matrix yang diketuai oleh Cik Raziah
Prof. Dr Haji Mohd Kamil turut turun padang menyertai sukaneka.
Acara "King Kong Walk"
Acara Sand Treasure
Anugerah individu staf terbilang dimenangi oleh En. Noin. Syabas!
Ucapan dari Pengarah, Prof. Dr Haji Muhd Kamil mengenai Kursus Pemantapan Personaliti Staf Terbilang.
Ucapan penutup oleh Koordinator kampus kita Dr. Haji Ahmad Che Yaakob dan penyampai sijil kepada peserta-peserta program.
"Job is fun! Job is enjoyable! We are power worker! Challenge! Challenge! Challenge!!!"
Alhamdulillah segala program berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang serius dan mencapai objektifnya. Syabas diucapkan kepada Encik Hisyam sebagai pengerusi majlis dan AJK kursus ini yang bekerja keras untuk memastikan kursus ini dijalankan dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Pengarah kita Prof. Dr Haji Muhd Kamil Bin Ibrahim kerana sudi bersama kami selama 2 hari.
Tuesday, May 13, 2008
Peperiksaan Jabatan
Kursus Celik IT di Segamat
Kursus selama 2 hari ini diadakan di Makmal Komputer, UiTM Johor. Pelbagai kursus yang dihadiri antaranya seperti kursus MAMBO, Photoshop dan Access. Antara yang terlibat adalah Yuli, Idris, Mariani dan Haziq.
Monday, May 5, 2008
Salam perkenalan dan selamat datang BOS baru...
Satu majlis perjumpaan bersama Koordinator baru, iaitu Dr. Ahmad Bin Che Yaacob telah diadakan di Dewan Kuliah 2, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru. Beliau telah memulakan tugas sebagai 'ayahanda' kepada kita semua mulai hari Jumaat, 2 Mei 2008. Beliau akan mengantikan tugas 'bonda' iaitu Cik Raziah Bi Binti Mohamed Sadique yang akan melanjutkan pelajaran diperingkat PHD di luar negara pada bulan Ogos 2008 nanti. Semua pensyarah dan kakitangan UiTM KBJB telah hadir bagi memeriahkan majlis pada pagi tersebut.Friday, May 2, 2008
Dato' VC @ Johor Bahru City Campus

